Penyakit radang pelvis (bahasa Inggeris: Pelvic inflammatory disease)
ialah sejenis penyakit berjangkit yang progresif berlaku pada tiub
Fallopio, rahim, serviks dan/atau ovari. Penyakit radang pelvik selalu
dikaitkan dengan penyakit kelamin kerana ia selalunya berjangkit melalui
seksual.
Gejala penyakit radang pelvis
Gejala penyakit radang pelvis pelbagai, meliputi tiada gejala kepada gejala yang teruk. Gejala-gejala ini termasuklah:
* Sakit di bawah bahagian abdomen
* Lelehan vagina yang banyak, berbau busuk dan berwarna tidak normal
* Sakit semasa hubungan seks
* Darah haid yang terlalu banyak dengan kesakitan yang berlebihan
* Perdarahan antara kitaran haid
* Menggigil, demam dan muntah
* Kepenatan yang berlebihan
* Hilang selera makan
* Sakit pinggang
* Kencing sakit dan lebih kerap
0 komentar:
Posting Komentar