Senin, 24 September 2012

Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol

Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol

  • Penggunaan alkohol membuat seseorang individu berasa seperti dewasa.
  • Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah lebih matang dan dapat berfikir secara rasional. Mereka juga kurang bermasalah.
  • Alkohol memudahkan mereka mendapat banyak kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut.
  • Rekan yang tidak menggunakan alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa lebih erat. Hubungan antara kawan juga lebih sehat tanpa penggunaan alkohol.
  • Alkohol membuat seseorang itu nampak 'cool' dan bergaya.
  • Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini jelas tidak 'cool' dan juga berbahaya.
  • Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi kesenangan.
  • Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti sehat dan tidak mabuk. Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.
  • Adalah lebih baik mengambil alkohol semasa remaja supaya anda boleh berhenti mengambilnya semasa dewasa ketika anda mempunyai lebih tanggungjawab.
  • Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang penting. Malahan, Alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat apabila dewasa kelak.
  • Alkohol dapat membantu melepaskan anda dari permasalahan dalam hidup.
  • Menghilangkan masalah melalui penggunaan alkohol merupakan penyelesaian jangka pendek sahaja. Menggunakan alkohol sebagai cara untuk menangani masalah adalah tidak benar. Penggunaannya akan menimbulkan lebih banyak masalah dalam jangka pendek dan panjang.

0 komentar:

Posting Komentar